Wednesday, January 6, 2010

Weekdays Yang Sibuk.

Well, dah hampir seminggu kita dalam Tahun Baru 2010. Maka seminggu jugak la rutin Zan berubah berbanding tahun lepas.
Untuk 2010..semua anak2 Zan bersekolah di KL. Si kembar bersekolah di Sekolah Menengah Puteri Wilayah...sekolah ni belakang ofis Zan aje.. si Adam dan Khairin pula di Sekolah Hisamuddin Alam Shah.

Pepagi lagi Zan dah kuar..(6:15 pagi)....sampai ofis sekitar 7 pagi. Uruskan breakfast dan lunch si kembar..then antar mereka gi sekolah..(jln kaki je). Sebelum mereka gi sekolah tu, diorang stay kat ofis Zan..lepak kat surau. Kat situ la mereka buat homework,revision dan kol 12 baru gerak ke sekolah.

Faizal pulak uruskan Khairin dan Adam...tghari gi uruskan lunch mereka sebelum kelas KAFA start. Jam4:30 ptg pulak mereka balik dan Faizal antar mereka ke ofis Zan. Mereka mandi di ofis Zan dan stay sampai 6;30 petang sebelum kami balik dan mengambil si Kembar sekitar 6:45 ptg.

Sampai rumah lebih kurang 8 mlm. Kami dinner(beli lauk je) dan start la aktiviti basuh baju,lipat baju dan prepare buku2 sekolah anak utk esok pulak...gosh!! padatkan?

Tapi Zan puashati..Zan bole pantau anak2 Zan..one more thing..bole save bajet transportation.

cth kiraan: tambang bas sekolah 4 org rm240.00
duit minyak gi kerja rm700.00
jumlah rm 940.00

rm940..fuhh!! atas jalan je dah habis duit tu...tu la Zan bertekad tahun ni nak bawak anak2 Zan semua bersekolah KL.At least bole save sikit...insyallah!

No comments:

Post a Comment